Friday, June 19, 2009

BABI oh BABI..

Ulama bantah larangan haji

RIYADH 19 Jun - Ulama berpengaruh di Arab Saudi, Sheik Abdul-Mohsen al-Obaikan, menentang sebarang larangan perjalanan bagi jemaah haji ekoran kebimbangan terhadap wabak selesema babi.

Sheik Abdul-Mohsen, penasihat kepada keluarga diraja Arab Saudi dan anggota Majlis Perunding yang dilantik raja dipetik akhbar harian Okaz sebagai berkata, Islam tidak akan membiarkan larangan perjalanan itu berlaku.

''Tidak wajar melarang umat Islam menunaikan haji,'' katanya dengan menambah kata bahawa perjalanan keluar masuk dari negara-negara yang mencatat kes selesema babi juga tidak perlu disekat.

Sementara tiada kenyataan rasmi daripada Asia Barat yang mencadangkan supaya umat Islam dilarang menunaikan haji, bantahan Sheik Abdul-Mohsen itu dibuat sebagai reaksi kepada amaran Mesir, baru-baru ini.

Menteri Kesihatan Mesir, Hatem al-Gabali memberi amaran kepada rakyat negara itu pada bulan lalu, mereka mungkin akan dikuarantin sejurus pulang daripada menunaikan haji.

Menteri itu juga dilaporkan berkata, pihaknya akan melaksanakan langkah-langkah lain bagi memastikan jemaah haji tidak menjangkiti orang lain di Mesir, yang dihuni kira-kira 80 juta penduduk.

Menurut Hatem lagi, jemaah haji yang datang dari seluruh dunia membolehkan wabak tersebut tersebar pada skala yang besar.

Kira-kira tiga juta jemaah menunaikan haji di Mekah setiap tahun.

Mesir yang melaporkan 30 kes selesema babi setakat ini, pernah mengarahkan pembunuhan 300,000 ekor babi di negaranya sebagai langkah pencegahan.

Langkah itu bagaimanapun mendatangkan kritikan antarabangsa termasuk kumpulan-kumpulan hak haiwan dan disifatkan sebagai tidak perlu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kebimbangan Mesir terhadap jemaah haji telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada ulama-ulama seluruh dunia.

Mufti Besar Arab Saudi, Sheik Abdul-Aziz Al Sheikh sebelum ini berkata, kebimbangan ekoran pendedahan kepada selesema babi semasa menunaikan haji sebagai 'berlebih-lebihan'.

Arab Saudi pada minggu ini melaporkan, bilangan kes selesema babi di negara tersebut meningkat kepada 29 kes. - AP

No comments: