
Pandangan dari udara

Jabal Rahmah

banyakkanlah berdoa pada 9 zulhijjah.

suasana wukuf di Arafah
Wukuf di Arafah pada Ahad 7 Disember 01/12/2008 10:23am
MEKAH 1 Dis. – Tarikh Wukuf di padang Arafah ditetapkan pada hari Ahad 7 Disember dan Aidiladha di tanah suci disambut pada Isnin 8 Disember.
Pengumuman tarikh Wukuf dan Aidiladha itu dibuat Majlis Tertinggi Kehakiman Arab Saudi.
Akhbar harian Arab memetik laporan yang disiarkan menerusi Saudi Press Agency (SPA) bahawa majlis itu dalam kenyataan berkata Sabtu (29 November) ialah 1 Zulhijjah, dan tiada hari ke 30 dalam Zulkaedah “kerana majlis tidak menerima sebarang laporan anak bulan kelihatan”.
Sementara itu, beratus ribu jemaah berkumpul di bandar suci ini, termasuk lebih 20,000 dari Malaysia yang turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Tiada angka rasmi diumum sehingga kini mengenai jumlah keseluruhan jemaah musim ini tetapi dianggarkan kira-kira tiga juta jemaah akan berkumpul di padang Arafah yang luasnya 10.4 kilometer persegi, kira-kira 22 kilometer dari sini. - Bernama |
|
No comments:
Post a Comment