Saturday, January 24, 2009

DIMANA KAN KU CARI GANTI...SERUPA DENGANMU..

baju purple(HATTA BIN MOHD HANAFI)
mesti macam pernah dengar kan senikata tajuk di atas..itu lah salah satu lirik daripada lagu allahyaryam Tan Sri P.Ramlee..memang lagu ni cukup menyentuh jiwa,sedih..begitu juga dengan hati ini..terasa kehilangan seorang sahabat yang cukup akrab suatu ketika dahulu,ketika sama-sama menadah ilmu dan mengutip mutiara-mutiara dari mulut para ustaz ustazah di mahad tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu,Padang Midin..aduhh..masih hangat lagi kenangan-kenangan itu..isk.isk..kalau hendak dinukilkan di sini,terlalu banyak..malam tadi..suara dia masih terngiyang-ngiyang lagi di telinga..gelak tawanya..gurau sendanya masih ku ingat lagi..namun apa kan daya..Allah lebih sayangkan dia lagi..siapa lah kita selaku hambaNya yang hendak melawan qadha dan qadar dariNya selaku pencipta nyawa yang diberi pinjam yang sekelumit cuma..ku redha ya Allah..




Sekuntum Kemboja Yang Gugur
Album : Kalimah CintaMunsyid : Hijjazhttp://liriknasyid.com

Biar luput dari pandangan Tidak pupus di dalam ingatan Kehilangan sebutir bintang di persada seni Menjadi skenangan Terukir senyuman manismu Tergambar senda gurauanmu Tuhan lebih menyayangimu Menjemputmu pergi terlebih dahulu Bersemadi jasadmu yang kaku Diiringi gerimis yang sendu Airmata tak terbendung lagi Menangisi perpisahan ini Sekuntum kemboja yang gugur Menemani dikau di pusara Biar detik dan musim berlalu Hingga kini tiada pengganti Di pagi hari yang mulia Dikunjungi teman dan saudara Bersama harapan dan doa Moga berbahagia di negeri yang baqa? Senilagu: Putra Aiman (Hijjaz Records) Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment)

Kau Sahabat Kau Teman
Album : Pelita Hidup IIMunsyid : Hijjazhttp://liriknasyid.com

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kamiKerana takdir yang Maha Esa telah menetapkanSedih rasanya hati ini bila mngenangkanKau sahabatku kau teman sejatiTulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada penggantiSenyum tawamu juga katamu menghiburkan kamiMemori indah kita bersama terus bersemadiKau sahabatku kau teman sejatiSudah ditakdirkan kau pergi duluDi saat kau masih diperlukanTuhan lebih menyayangi dirimuKu pasrah diatas kehendak yang Esa( korus )Ya Allah,tempatkannya di tempat yang muliaTempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba MuSahabatku akan ku teruskan perjuangan iniWalau ku tahu kau tiada di sisiPerjuangan kita masih jauh beribu batuSelagi roh masih di jasad hidup diteruskanSedih rasa hati ini mengenangkan dikauBagai semalam kau bersama kami( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sanaSetangkai doa juga Fatehah terus kukirimkanMoga di sana kau bersama para solehinKu sahabatku kau teman sejati
24 Januari-Seorang mahasiswa tahun satu kuliah Usuludin Kaherah, saudara Mohd Hatta Mohamad Hanafi,21 meninggal dunia di sini malam tadi. Beliau berasal dari Terengganu merupakan pelajar yang baru tiba di Mesir bagi sesi pengajian tahun lepas. Yang Dipertua Keluarga Penuntut Terengganu (KPT), Ustaz Mohd Shafizi Ismail ketika dihubungi pagi ini memberitahu, Allahyarham yang menetap di Asrama Rumah Terengganu,Hayyul 'Asyir menghembuskan nafasnya yang terakhir malam tadi ketika dalam perjalanan ke hospital. Menurut Ustaz Shafizi lagi, Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit Tibi. Allahyarham juga mempunyai abang di Mesir iaitu Ustaz Hambali. Sehingga pagi ini, jenazah masih berada di Hospital 'Ain Syam dan akan diuruskan serta dikebumikan hari ini.

24 Januari-PMRAM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Mohd Hatta Mohamad Hanafi yang meninggal dunia malam tadi. Hingga kini jenazah Allahyarham masih ditempatkan di Hospital 'Ain Syams, Kaherah. Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail ketika dihubungi pagi ini berkata, pihak PMRAM, mewakili seluruh mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham termasuk abang Allahyarham, Ustaz Hambali yang masih menuntut di Mesir. Jelas Presiden PMRAM lagi, kehilangannya pasti dirasai oleh teman-teman seperjuangan Allahyarham, Keluarga Penuntut Terengganu (KPT) serta PMRAM itu sendiri. Pihak PMRAM berdoa semoga keluarga Allahyarham dikurniakan sabar dan tabah menghadapi ujian kehilangan orang yang tersayang. Sementara itu, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM, Ustaz Khusaini Md.Yusof berkata, pihaknya akan menggerakkan tabung bagi memungut sumbangan derma kilat bagi pihak keluarga Allahyarham. Kepada mahasiswa dan mahasiswi yang ingin memberikan sumbangan boleh menyalurkannya kepada Ketua Unit Kebajikan BKAN dan DPM masing-masing. Semoga Allahyarham dirahmati Allah serta ditempatkan bersama para Nabi, syuhada' dan orang-orang soleh di sisi Allah. Amin.Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia diatas permintaan dan kehendak keluarga beliau..
sumber berita www.pmram.org

No comments: