Tuesday, January 20, 2009

tetamuNYA..sejuk hati




upload dulu..citer kemudian yek..maklumlah lama tak update..hehe..ader kisah di sebaliknya..just wait and see;

Alhamdulillah.akhirnya dapat sambung balik entry ni..fuh..tak boleh tahan tengok Ust Aswadi update,jadi jeles lah kan..huhu..ok lah street to the point yek..cuba lah kita tengok gambar-gambar dia atas..tengok tajuknya pun dah tahu kan apa yang nak ditulis..mesti yang baik-baik,yang comel-comel,takkan lah kita nak tulis keburukan orang kan..tengok tajuk lah beb..ni dah tanya macam-macam kat amber ni apa yang akan ditulis..ni blog amber,suka ati amber lah nak tulis apa pun..bebas kan..tak yah nak suruh-suruh,nak arah-arah itu dan ini..ish..common lah..ish haza..
Pada minggu lepas,Selasa malam Rabu.kami para student Umm Al qura,Malaysia jer, telah dijemput untuk melakukan solat hajat di Masjid Haram...sapa yang arrange??tak lain tak bukan sapa lagi kalau senior kami di sini,ustaz Meor.Dipendekkan cerita,malam tu kami akan bertemu dengan kerabat di raja Pahang,dalam mesej handphone,puan muda Pahang..hmm..rasa-rasa kami lah kan mungkin puan muda Julita Aishah kot..tu sangakaan kami..takdir Allah,selepas solat Isyak di haram.kami berkumpul sepertimana yang diarahkan iaitu di papan tanda berwarna kuning yang tertulis KING MALIK FAHD..setelah menunggu lebih kurang 10 minit,ust Meor yang berpakaian iharam membawa kami bertemu dengan rombongan di raja Pahang,lokasinya di bahagian belakang masjid..kami berkumpul dan duduk disitu..kami berkenal-kenalan dengan pegawai istana,pengawal,ust pengiring(ZAHAFIZ TRAVEL) dan cik puan beserta muslimat yang lain..tup2 dikalangan muslimat itu mata kami terpandang kelibat seorang yang popular lah jugak kat tanah air kita ni..last2, penyampai radioa pun ader sekali..nak tahu sapa..FAFAU lah atau pun nama penuh nyer FARAH FAUZANA.mesti kenal kan..haha..ikut sekali..alhmdulillah..bertudung lagi.pakai telekung solat lagi..sama macam cik puan Pahang..kami selaku student yang dok study di sini dalam bidang islamic study,yer lah nanti golongan mcam kami ni lah yang akan menyebarkan dakwah di tanah air,semua bakal-bakal ustaz..insya allah.seorang ikon artis,seorang lagi pemimpin rakyat..alangkah indahnya wajah-wajah suci mereka..sejuk mata memandang..panjat syukur padaNya.Akhirnya sinar taufiq dan hidayat dariNya datang jua..lebih-lebih lagi berada di bumi yang paling barakah
,iaitu Makkah Al-Mukarramah..tu yang pointnyer..kita dapat bayangkan bagaimana pengikut atau pun peminat-peminat a mereka di luar sana tahu perihal mereka disini..alangkah baiknya kan..mungkin masih ramai lagi yang tak bertudung..sebenarnya dah ramai golongan mereka ini yang mula berjinak-jinak dengan slogan ISLAM THE WAY OF LIFE..antaranya yang dapat disebutkan disini Puan Siti Aishah(isteri kepada Sultan Salahudin,Sultan Selangor darul Ehsan),Sultanah Nur Zahirah(isteri kepada Sultan MIizan) & golongan artis pula ramai sangat-sangat Wardina Safiyyah,Farah(bukan farah AF),Ekin dan ramai lagi lah..betul tak?itulah hidayah dan taufiq tu bukan milik manusia.tetapi milik empunya langit dan bumi ini..iaitu Allah swt.benarlah firman Allah taala;sesungguhnya Allah akan memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya..mudahan-mudahan golongan seperti mereka inilah yang akan sama-sama turun dan turut membantu, demi menyemarakkan lagi dunia dakwah di bumi Malaysia yang kita cintai..dan doakanlah mereka agar sentiasa istiqomah dengan apa yang mereka lakukan di tanah suci ini..bukan sekadar lakonan saahaja disebabkan faktor-faktor sesuatu tempat atau keadaan..atau pun main-main denagn hukum hakamNya..setiap dari amal perbuatan kita akan dipersoalkan di akhirat kelak.beringatelah sebelum terlamebat..sebelum nyawa meninggalkan jasad,sebelum roh sampai di halkum..perubahan akan berjaya jikalau kita bertekad dan bermula dari sekarang..tak perlu ditangguh-tangguh.itulah yang sebaiknya..


gambar yang tidak bertepatan dengan syariat Islam.harap di maafi..gambar yang tengah pakai tudung segan nak amik..maklumlah dalam masjid haram..hehe..tengah-tengah dok khusyuk update..dapat mesej di ym..adeq usrah di mahad sedang nazak..selang dua tiga minit lepas tu..Allah sudah menjemputnya ke alam barzakh..meremang bulu roma ni..sampai bercucuran manik-manik jernih di pipi..ya allah,tempatkan dia bersama-sama orang-orang yang soleh..amin..penyakit paru-paru berair..baru jer hantar dia kat KLIA masa cuti panjang baru ni..umur dia 21 tahun.. HATTA BIN MOHAMMAD HANAFI..semoga rohnya di rahmati ALLAH..AL FATIHAH..isk..isk

No comments: